My Precious Day.

Lilypie Kids Birthday tickers

SERIOUSLY

"Dance like no one is watching,
love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey

Before You Start

aku taknak kau salah faham laju sangat tau.

Read By Date;
Let Bygones be Bygones.

Monday, 23 April 2012

Saidina Ali Memenangi Fatimah

"korang tahu tak kisah macam mana Saidina Ali dapat kahwin dengan Fatimah, anak Rasulullah s.a.w?" entah bagaimana, si gadis itu membuka cerita. Fatin Amani, memang terkenal dengan sifatnya yang bijak. hari itu, kami duduk bersama seketika setelah pulang dari makan tengahari.

"Macamana?" tanya Asyikin.
"Bukan ke diorang suka sama suka dalam diam dulu?" kata aku.

"AWWWHHHHH!!! sweeeeetttt!!!" memang itulah yang terkeluar daripada daripada mulutku dan Asyikin. Memang romantis perasan begitu, suka tetapi berdiam diri, tetapi akhirnya Allah menyatukan mereka.

"Memang pun. sweetkan? tapi sebelum tu, Rasulullah s.a.w. ada buat macam suatu pertandingan untuk semua orang yang suka akan Fatimah.." sambung Fatin.

Aku dan Asyikin mendengar, bertambah minat. kerana kami memang tidak pernah tahu kisah ini.

"Memang ramai yang jatuh hati pada Fatimah, kerana Fatimah anak Rasulullah yang sangat cantik. Maka Rasulullah mengadakan suatu pertandingan, bagi sesiapa yang mahu mengahwinini Fatimah wajiblah menghafaz Al-Quran dalam masa satu hari."

"Ramailah ketika itu yang menghafaz AlQuran. Tetapi akhirnya seperti yang kita tahu Saidina Ali yang berjaya. Tahu tak macamana Ali boleh menang? Dengan membaca surah Al Ikhlas sebanyak 3 kali. membaca surah tersebut pahalanya seakan-akan 1/3 membaca AlQuran, jadi membacanya 3 kali adalah seolah-olah mengkhatam sebuah AlQuran.. Jadi Saidina Ali menang kerana beliau dapat mengkhatam AlQuran dalam masa yang singkat sekali."

Kami tersenyum. Sungguh bijak Saidina Ali.

No comments: