My Precious Day.

Lilypie Kids Birthday tickers

SERIOUSLY

"Dance like no one is watching,
love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey

Before You Start

aku taknak kau salah faham laju sangat tau.

Read By Date;
Let Bygones be Bygones.

Friday, 25 September 2015

sang perempuan

Perempuan itu tersenyum.

kau tahu,
bercinta ni, memang penat. juga menyakitkan. kau mencari perhatian, yang lama kau dambakan. namun tak semua perhatian itu boleh kau dapat, tahu mengapa? kerana nafsu itu bakal menguasai kau. bila kau ada segalanya, kau lupa semuanya.

Dia tersenyum lagi. tatkala itu juga air matanya gugur.

Tuhan menemukan aku dengan kau. dan aku lemah. begitu juga kau. kita berdua mencuba. tapi selepas bahagia, kita lupa. kita lupa betapa takutnya kita seketika dahulu. kerana kau berada di sebelah aku untuk menegakkan aku yang condong, begitu juga aku, untuk kau. bila kita selesa, kita terlupa. hidup ini, ada tujuannya.

jika tidak, hidup ini terasa kosong. tidak bermakna.

Tuhan menemukan aku dengan kau, demi mencapai tujuan hidup. bersama, lebih mudah. Tuhan membuka jalan kemudahan untuk kita berdua, namun kita menjadi terlebih yakin, lalu kita lupa lagi. namun Tuhan Maha Penyayang, sentiasa membuka pintu peringatan untuk kita.

Lantaran rasa takut akan kehilangan membelenggu, dek pujukkan syaitan, kita lemas. aku berpaut pada kau, kau cuba menyelamatkan aku. namun kerana takut jua, aku ingin menarik kau untuk lemas bersama. kerana aku takut, lalu buta permandangan aku.

Dirinya yang dahulu hilang. tidak ada siapa kecuali lelaki itu yang faham apa yang dirinya menanggung. bukan tidak mahu, namun tidak terdaya dia ingin meluahkan segala pada orang lain. kerana tiada siapa ingin memahami dirinya. dia bukan tahu menyusun kata.

dia cuma ingin melarikan dirinya. ke dalam gua, dikelilingi buah-buahan ranum sepanjang tahun. dia tidak mahu berkomunikasi dengan orabg lain. kerana tidak ada siapa yang faham apa yang dirasakannya.

Allah, terima kasih. terima kasih Allah. sukarnya ingin dia berkata. Penciptanya memahami dirinya. Penciptanya Maha Pengampun. Allah telah memberikanya hati yang baru, hati itu juga dia remuk dan rosakkan.

Allah, ampunkan aku.

Perempuan itu tidak mampu menahan air matanya. dia tahu dia terlalu berdosa. dia cuma ingin bebas. dia terasa dibelenggu.

Dibelenggu dengan perasaan kelirunya.


No comments: