mahu harta, diberinya.
mahu masa, diberinya.
mahu sokongan, tak pernah putus.
mahu apalagi, semua dah diberi. tak ada apa lagi tinggal.
dia cuma mengharapkan cinta dan perhatian sebagai ganti. dia menagihkannya. apalagi yang tak cukup, dia mampu beri.
dan dia tersedar, benar, memang semua telah dia berikan.
cuma dirinya. masih tidak cukup baginya. bagi lelaki itu, rupa adalah segalanya. sekaya mana harta kau, sebaik mana pekerti kau, tanpa rupa, kau tiada apa.
dan gadisnya itu menangis, mengenangkan dirinya yang gemuk, rupanya tidak secantik gadis lain,
dan betapa bodohnya dia kerana percaya, sedang dia tiada mendapat
dari lelaki berakal cetek itu.
"kadang-kadang kita telah mengenali kaca dari permata.. tapi kita masih memilih kaca.."

No comments:
Post a Comment