My Precious Day.

Lilypie Kids Birthday tickers

SERIOUSLY

"Dance like no one is watching,
love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey

Before You Start

aku taknak kau salah faham laju sangat tau.

Read By Date;
Let Bygones be Bygones.

Sunday, 14 July 2013

Sarang labah labah

Kalau mahu mengarang,banyak juga yang bersarang dalam hati ni.

Nak luah,takde sape sudi dengar.
Nak tulis,takut yang membaca salah faham.

Lately ni penulisan merapu. Penulisan ikut perasaan,seolah si buta yang tidak mampu menilai. Si buta yang buta dalam percintaan.buta hatinya buta matanya tidak mampu menilai yang baik dan yang buruk.

(haa..nak start dah...)

Kalau ikut waras, pilihan yang waras itu jelas. Tapi hati meragukannya, lantas membutakan mata. Kata hati, berilah peluang dan masa, meski diri sendiri tidak gembira,mungkin ada hikmahnya. Sabar katanya!

Pernah tak terfikir kalau kita bercinta tu,seolah olah kita berada dalam dimensi yang lain? Masa orang lain bercinta,kita mampu komen,mampu bagi pandangan dan memperbaiki supaya hubungan mereka jernih dan berpanjangan. Tapi masa kita bercinta,kita tak nampak baik buruk hubungan kita,lalu sukar untuk kita memperbaikinya.lebih sukar lagi bila kita meragui nasihat orang sekeliling. Pada kita, orang lain tak mampu menilai lebih baik dari kita, sebab kita lebih mengenali pasangan sendiri.

Aku seorang yang setia pada pasangan. Biar kacak tampan lelaki lain dari pasangan aku, biar gagah lagi lelaki lain, biar kaya lagi lelaki lain, aku takkan pandang selain pasangan aku. Oleh itu,aku agak 'memilih' dalam mencari pasangan.Bertuah suami aku, sebab aku pada aku,suami itu adalah segala-galanya bagi aku. Sebab itu mindset aku,susah senang aku mampu hidup asalkan dia ada di sisi aku.
Dan aku juga mengharapkan suami aku tu berkongsi pandangan yang sama. Sanggup melakukan apa saja supaya aku bahagia,sebab dia tahu,aku juga sanggup melakukan itu.

Untuk sesuatu yang aku sayang,aku takkan berhenti berusaha, selagi aku mampu.

Jadi,aku tak mahu lelaki yang tak sanggup bersusah demi aku. Kerana dia tak layak menerima kasih sayang aku.

Sejujurnya aku rasa, semua wanita yang naive juga bersependapat dengan aku.

But to feel loved by a man who is willing to do anything just to keep you smile and keeps the tears away from you, well, itu lumayan. Sukar sekali menemukannya.

Sebab ramai lelaki hari ini mengharapkan faedah dari pasangannya,tetapi malas berusaha untuk kebahagiaan hubungannya.

Tak,bukan menangkan perempuan. Benar, memang ada juga perempuan yang begitu.

Tepuk dada tanya selera.

Pasangan bagaimana yang kita mahu, dan pasangan jenis apa pula kita ini?

Kalau tidak pandai jadi yang baik, belajarlah untuk menjadi yang baik.
Cukup-cukuplah melukakan hati si dia.


No comments: