My Precious Day.

Lilypie Kids Birthday tickers

SERIOUSLY

"Dance like no one is watching,
love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey

Before You Start

aku taknak kau salah faham laju sangat tau.

Read By Date;
Let Bygones be Bygones.

Monday, 5 November 2012

Maaf, aku pergi dulu.

Bismillahirahmanirahim..

terpanggil untuk menulis walaupun dalam kepale yang sakit berdenyut ni tak ade idea.

cuma ada, luahan.



sakit kepala. kenapa lately ni aku fikir banyak sangat? tunggak tiang pemikiran aku satu, ke arah yang itu. yang tak perlu. tak penting. dulu aku tak fikir pun. sekarang, aku asyik berfikir benda yang ulang-ulang. sekejap sedar, sekejap pitam.

risau tau. stress boleh bawa kematian. aku tak tahu kenapa aku serius sangat pasal bende ni. bende pasal orang yang aku suke ni. aku tak tahu. mujur sekarang ni, alhamdulillah, perasaan tu mula beralah. perasaan tu nak hilang aku rasa.

aku taknak suka dia, aku tanam dalam jiwa.
dia bukan jodoh aku, dia bukan teman sampai mati aku.

2 tahun aku simpan perasaan ni, bukan sekejap. umpama pokok, tumbuh 2 tahun, aku tebang. sisa mungkin ada, tapi aku akan bersihkan, pelan-pelan. aku mula menghitung diri sendiri. ape aku dah buat, ape yang die dah buat. so far, aku berusehe lagi banyak. tapi usehe aku takde hasil pun. nasri cakap, tinggalkan je semua ni.

mungkin aku nak buat macam tu.
katelah apa nak kata. tak konsisten? bukan aku yang tak konsisten. kau sendiri tak nampak. sampai bile aku perlu konsisten. aku bukan robot. aku usehe, tapi token itu kau tak balas, kau tak jaga, kau tak hargai. kau tak pernah nak cuba faham diri aku. kau tak tahu apa aku suka, apa aku tak suka. aku tak pernah rasa macam kau support aku. yang kau buat, cuma patahkan semangat aku. katalah aku ni cepat berubah ke apa. habis 2 tahun aku kau nak campak mana? kau sendiri tak pernah nampak aku.
dasar lelaki. perempuan saje yang salah, diri sendiri yang tak reti menilai, sampai perempuan yang berusehe sungguh2 ni dikatakan macam itu. sedangkan perempuan lain yang kau sanjung tu, gunakan kau. habis dakwat, pen dibuang. kau buta, tak nampak diri sendiri diperlakukan macam tu. kalau aku mintak tolong kau? kau kata aku gunakan kau. laju je keluar dari mulut kau. kau tak sedar, aku sentiasa nak wujud waktu susah senang kau. perempuan lain tu, waktu kau kat bawah, diorang ade ke kat sebelah kau? kalau perempuan macam tu yang kau nak untuk buat teman sampai mati kau, terpulanglah. yang pastinya, aku dah penat tunjuk jalan pada yang buta perasaannya. aku nak beransur. aku penat asyik. kene pijak.

memang aku tak reti nak luahkan semua ni depan kau, maaf. sebab kalau aku bertekak dengan kau, aku menangis. sebab aku terluka kalau kita bertengkar.



mungkin penulisan aku ni teruk. maaf wahai pembaca.
sila beri tunjuk ajar.

yang pastinya, kepala aku sarat. aku mencari nasihat.



PS:/ kau, aku pernah suka kau suatu ketika dulu. sekarang tak ada lagi perasaan tu.

No comments: