Assalamualaikum...
6hari bantai tido kat studio. masa ahad lepas pagi2 kol 6 aku bangun, siap2 terus gerak studio, lepas tu melekat kat studio sampai hari jumaat. balik bilik semata-mata nak mandi n solat je. kesian bilik aku. bersepah. ni sebelum balik kampung (kampungla sangat) kenela kemas dulu.
oleh sebab aku kekurangan tido, maka untuk kebanyakkan masanya kepala aku asyik banging je (menurut aidi dan afiqfify ceh). kuanghasam dorang tu oh. tapi aku pon tahpape gak. ko bayangkan, aku boley lukis pelan neighbourhood context tu sambil tertido. sewel kan? isk isk isk. tu memang gilaks. time aku tersengguk2 tula afiqfify ngan aidi gelak2 "bangin', bangin' " siooott gilakkk =__=
ingatkan nak jumpe senior, nak consult. kak filzah kua tatau bile balik. aku lak tade kedit nak tanye. last-last aku tertidur dari maghrib sampai kol 4 pagi. sempat isyak weh. haha. tapi tido atas lantai plak, cramp kaki =___='' cakap pasal senior, aku tak pasti ape yang aku rasa. takut still ada, tapi sikit demi sedikit rasa selesa menjengah.kesian kak filzah. ramai bebudak suke consult ngan dia. dia pon cam penat. maybe lepas ni aku kene cari senior lain kot. ish,part tu yang takut tu. tapi untungla senior yang consult aku sebab aku belanja dia makan. haha. kak filzah dulu aku blanja kek sebulat. pastu kali kedua aku belanja pizza. haha kes pizza tu memang rezeki dorang. aku nak beli piza pasa malam je. sekali pasa malam takde plak orang jual piza tu. then mak aku cadangkan domino's. peh. banyak duet! takpela, mak aku baya. mak aku kate, "takpelah mirah,kalau ini harge yang perlu dibaya untuk consult. give and take." pergh. itu pun mak aku nak belikan kek lagi. aku cakap takpayahle dah ade piza. haha sape nak aku belanje, mehla consult design aku. tapi make sure ko power cam senior part two la. haha. to be honest, aku sangat menghargainya. =')
crit two was okay. cam biasalah. aku bukan pro sangat pon so memang tak perfect. bile tak perfect banyakla kene tegur. cume aku tak faham part mana yang madam kata aku tak semangat. aku punyala semangat sampai tak tido. maybe sebab aku present brief sangat kot. tapi masa ada 5minit je! :| takpelah. asalkan ilmu tu sampai, sudahla. lepas crit ngan senior, well at least, design aku nampak senonoh lagik dari yang dulu. tiba-tiba nak sayang senior boleh? hahahahahahahahahahaha tengokla kalau dorang sayang kitorang kitorang pon sayang la dorang.
dah. aku nak kemas bilik, nak balik ni.
;baju melayu hitam tampak kemas,elegan dan hensem! :3
SERIOUSLY
"Dance like no one is watching,love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey
Before You Start
aku taknak kau salah faham laju sangat tau.
Read By Date;Let Bygones be Bygones.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment