pernah tak ade orang datang rumah korang, bagi salam tak henti2..lepas tu shamelessly cakap "minta sedekah..."
sorry if the word shamelessly bothered you. memang diorang terpakse jadi begitu sebab nak minta sedekah. hati aku lembut (ceycey) selalu rasa nak bagi. tapi kadang2 rasa berbelah bahagi. tahu kenapa?
sindiket atau tak, mereka datang mintak sedekah. dorang datang je memang nampak macam menipu. mane taknye.baju bukan main elok. muda lagi,kenapa tak kerja saja? teruk,bila anak2 pun diajar meminta sedekah. lagi sakit bila memikirkan ianya mungkin sindiket pihak yang cari untung. bayangkan kalau satu rumah, rm2, kalau sehari 10 rumah, rm 20. kalau 30 hari?
nampak banyak kan? tapi macam mana pula kalau bukan sindiket atau penipuan? memang kalau kira macam tu nampak banyak. cuba fikir, rm 20 sehari, tolak makan minum tambang diri dan anak2? tinggal berapa sangatla hari tu punya belanja.kalau bebetul susah? tak kasihankah?
rasa dilemma jugak. kalau ayah aku, dia mesti bagi peminta sedekah tu duit. siap dah ready duit kecik,dia letak satu tempat. dia pesan kat kitorang,kalau orang minta sedekah datang,bagi je yang tu. pada pendapat bapak aku, kita sedekah je,kan dapat pahala. orang tu nak menipu ke apa ke, lantaklah dia.
tapi ada kisah,tentang peminta sedekah yang datang meminta sedekah kepada Rasulullah s.a.w. Ingatkah kita bahawa baginda bukanlah seorang jutawan, namun baginda tetap bersedekah. tapi akhirnya baginda menyuruh peminta sedekah bekerja dan tidak meminta2 pada orang, cerita penuh, klik sini: http://zefyarlinda.wordpress.com/2011/04/04/sedekah-dari-rasulullah-sebuah-cerita/
cubalah google kisah lain lagi. jangan baca, tapi fahamkan juga moral. terfikirkah kita? kalau kita selalu bersedekah pada orang yang sama, bukankah kita menggalakkan dia untuk menjadi malas? renung2kan pula ni:
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua buji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah SWT “.... mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak ...”(al-Baqarah:273)(Muslim)
namun janganlah jadikan ini sebagai alasan untuk tidak bersedekah. bersedekahla bantu orang yang susah. memberi makan kepada orang miskin juga adalah dituntut agama. ingatlah, ganjarannya apabila kita bersedekah.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
anyway. sempena bulan Ramadhan dan Syawal ni, marilah perbanyakkan sedekah. agar yang susah juga mampu tersenyum pada hari raya. tengok poster kat bawah ni. diorang buat projek kumpul duit. nanti duit tu diorang akan gunakan untuk beli hadiah, dan berikan kepada orang miskin di Malaysia sempena hari raya ni. Dermalah seikhlas hati.
"Tuhan dah bagi peluang untuk kita buat pahala,takkan kita nak buat tak tahu je?" -imammudaasyraf.
PS:/ nak tahu lebih lanjut pasal donation tu,boleh tanya saya.


No comments:
Post a Comment