My Precious Day.

Lilypie Kids Birthday tickers

SERIOUSLY

"Dance like no one is watching,
love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey

Before You Start

aku taknak kau salah faham laju sangat tau.

Read By Date;
Let Bygones be Bygones.

Tuesday, 30 August 2011

Hari Raya Aidilfitri Syawal 1432 (2011)

Assalamualaikum...

  Ceyceycey.. takle blah. orang tulis aku pon nak jugaaakkk! Selamat hari raya aidilfitri kepada semua orang,maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan kita, dan dipermudahkan jalan ke syurga... Aamiin..

   Dah besar ni, aku takde semangat duit raya pon. semangat kuih raya adalah. bukan semangat buat kuih,tapi semangat makan kuih raya. cey memang aku tembam gemuk bolat semua ada kau cakap je apa. aku memang tak cantik pon. ade plak aku kesah?! (padahal memang kesah gak sikit sebenarnye) Duit raya sangat mudah didapati di kedai berhampiran  pada hari raya pertama. yakni daripada ummi,abah, adik beradik,dan abang Yim. lepas tu hari lain, harapan tipis laaa nak dapat. Memang betul kata orang. kalau beraya,biarlah ikhlas,bukan kerana duit raya. err. aku tak beraya sebab duit raya tau cuma aku beraya sebab nak makan free open house banyak2 hehehehhe

  tahun ni,macam tahun sebelum2 ni, baju aku warna ungu and aku tak jemu serik walaupun closet aku ungu mate aku tengok.padehal aku takde lagik baju kaler hijau ngan kuning. kaler biru merah oren ke.. adela.. sehelai 2 kot. tahun ni aku beli sekali baju sutera China. okey.. bukan aku beli sebenarnya.. abang aku yang beli masa dia kat China hari tu. sweet and cantik. cuma..aku tak tahu baju aku tu kaler base merah or hitam. yang pastinya raya kedua,aku taiko Kuala Lumpurr!! waalaweyy!tengokla kalau rajin aku upload nanti. tahun ni tudung aku belit2 gak, nak tercekik aku. aku guna pashmina, sebab tak selesa ngan tudung pendek.. maklumle sejak dah bertudung besar..

   Jalan raya kat KL paling best. takde orang sangat. mesti la ada, cuma tak ramai and takde jammed. memang best. dah bertahun dah kitorang raya kat KL je.. seingat aku..mungkin sejak aku berumur 14 tahun. bertambah sayang aku ngan Kuala Lumpur ni ha. best gak kalau jodoh aku orang KL (cey macamla ade orangnak!)


    hmm.. apa lagi yang best? nanti aku upload gamba cecantik. kalau tak cantik kau takyah tengok.



1 comment:

Anonymous said...

selamat hari raya,aku pun raya kat kl je :DD jemput jemput lah dtg ehh