Assalamualaikum..
hari ini, yang dikasihi kami telah meninggalkan dunia.
Ruby.
kehadirannya menggembirakan, pemergiannya mendukacitakan. yang pasti kami semua merinduinya.
Saat-saat ruby bertarung nyawa amat menyayat hati. peristiwa itu berlaku di hadapan mataku sendiri. punca kematian tidak pasti. namun tanda-tanda seperti sawan terserlah. Ruby meronta, menggelupur kesakitan. kami pula mengejar masa untuk menyelamatkan Ruby. malangnya kebanyakan klinik tutup pada hari ini. dalam saat ia menggelupur, ia telah menggigit jariku dengan kuat sekali. aku dapat merasai kesakitan yang dihadapi Ruby. namun begitu, gigitannya harus ku hindarkan,kerana aku juga berasa sakit.gigitannya terlalu mendalam, cengkamannya teramat kuat. seksaan yang Ruby alami, memang dapat kurasai. ku lepaskan gigitan tersebut, ku letakkan Ruby di bawah. darah mengalir seperti paip yang pecah,dan aku bukanlah seorang yang gagah melihat darah......
Ruby menghembuskan nafasnya yang terakhir di saat kami dalam perjalanan ke klinik haiwan yang terletak agak jauh. hingga kini aku tidak lupa bulunya yang lembut dibelai. sifatnya yang manja dan mendengar kata, menjadikannya kesayangan kami sekeluarga.
alangkan yg dijanjikan Allah akan masuk syurga pun merasa pedih dan sakitnya bila nyawa dicabut, apa lagi yang diberikan akal ni? sudahkah kita bersedia?
Ruby kucing kesayangan kami, kami pasti merinduimu.
sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.
PS:/ serius tak infection kena gigit kucing sawan? TT.TT
SERIOUSLY
"Dance like no one is watching,love like you'll never be hurt,sing like no one is listening, and live like it's heaven on earth."-William Purkey
Before You Start
aku taknak kau salah faham laju sangat tau.
Read By Date;Let Bygones be Bygones.
Sunday, 3 July 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
hahahhaa.ade jugak ke infection kena gigit ngan kucing?gatal seluruh badan mungkin.ahahahahahah
Post a Comment