pernah terbaca sekali, bahawasanya tidak terjadi kiamat setelah fitnah berlaku secara meluas. Wallahualam.
Facebook, laman social yang paling aktif sekali aku ada. eheh, tapi bukan yang pertama. kalau aku bukak google chrome aku ni, tab first sekali yang aku tekan ialah blogger dashboard. then facebook. :) kekadang twitter, kadang formspring, tapi jarang dah. selalunya yang tu lah. lepas tu masuk web len cam yahoomail, you tube, google translate dan macam2 lagi. harharhar.
dulu aku addict ngan formspring sebab suke tanya orang soalan. aku tanya banyak2. sebab aku suka baca jawapan orang. tapi sekarang makin ramai plak. aku dah jadi tak suke jawab. aku suke tanye. so aku disable kan kejap. aku taknak orang tanya aku. alah, nanti aku able kan la balik. pastu disable lagi, pastu able lagi..camtu la~
aku pernah deactivatekan facebook. konon sebab study. tapi ada sorang member ni bising sangat. hari2 dia mesej suruh bukak balik. kali ni aku ingat nak buat lagi. hehe mengada kan? heee... takdelah. aku rasa aku tak deactivate, aku cuma nak puasa. nak tengok berapa banyak notifications aku terkumpul. hmm.. sabtu depan aku bukak balik, boleh? okay. lets try! :D
oh, ada kawan aku buat status facebook yang dia suka sorang budak ni, apa nak buat?... dia tak sebut nama la tapi. hmm. terfikir jugak aku. kalau kita suka, apa nak buat? aku penah terbaca kat satu blog ni, tak ingat spesifik tapi lebih kurang suruh kita menilai, apakah cinta kita itu nafsu ataupun cinta kerana Allah. betulkan?
cinta nafsu membawa kepada keburukkan. cinta kerana Allah membawa kepada kebahagiaan. : )
jadi aku cakap ngan member tu, belajar dulu. ingat nak ceramah panjang, tapi aku tak yakin. aku berdoa aku dapat berubah. aku berdoa supaya aku tak termasuk dalam golongan lalai. tapi hakikatnya aku juga seorang insan yang sering terlupa. aku pernah baca dalam alQuran, Allah tak suka orang yang cakap mengenai kebaikan tapi tak buat. Ya Allah, minta dijauhkan sifat itu daripada aku.
aku risau. perasaan yang lemah ini selalu digoda syaitan. aku doa supaya kita semua jadi kuat.
Aamiinn. . . .

No comments:
Post a Comment